Artikel

Kepentingan Pusat Sumber

Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan sebuah perpustakaan. Di perpustakaan terdapat pelbagai jenis bahan bacaan. Antaranya, novel, buku cerita, majalah dan ensiklopedia. Buku-buku yang terdapat di perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad pinjaman.
Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan, kita dapat meningkatklan pengetahuan. Sebagai contoh, jika kita membaca buku tentang sains dan teknologi, kiota dapat menambahkan pengetahuan tentang sains. Pengetahuan yang ditimba itu dapat digunakan dalam mata pelajaran sains di sekolah.
Selain itu, jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat memanfaatkan masa lapang. Oleh itu, masa lapang kita tidak terbuag begitu sahaja. Kita juga tidak terjebak dengan gejala-gejala sosial seperti bergaul dengan budak-budak nakal dan ponteng sekolah.
Di samping itu, membaca buku-buku yang terdapat di perpustakaan dapat memberikan hiburan kepada kita. Contohnya, kita akan terhibur dengan cerita-cerita lucu yang dibaca. Kita juga boleh mendapat pengajaran dan iktibar daripada cerita tersebut. Hati kita juga akan tenang dan gembira selepas penat belajar dan mengulang kaji pelajaran.
Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan juga akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa kita. Contohnya, kita dapat mempelajari kosa kata baharu yang boleh digunakan semula dalam penulisan karangan. Jika kita tidak mengetahui makna sesuatu perkataan pula, bolehlah dirujuk dalam kamus. Secara tidak langsung, kita telah dapat menambahkan perbendaharaan kata.
Sesungguhnya, perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap murid. Janganlah kita mensia-siakan kemudahan yang ada di perpustakaan.
Tutorial

Fastrev

Muat Turun Template dan Bahan :  http://bit.ly/2pYMX41

ARAHAN :  Anda dikehendaki untuk mengisi dua borang soal selidik yang disediakan melalui pautan di bawah.  Ini adalah bertujuan bagi mengukur keberkesanan bengkel yang dilaksanakan dan menjadi panduan kepada pelajar-pelajar lain kelak.  Kesudian anda didahului dengan ucapan terima kasih.

==========================================================================

1. SOAL SELIDIK FASTREV SEBELUM BENGKEL

(Sila klik pautan di bawah ini sebelum bengkel dimulakan)

http://bit.ly/2oEauq9

==========================================================================

2.  SOAL SELIDIK YANG PERLU DI JAWAB SELEPAS BENGKEL.

(Sila klik pautan di bawah ini selepas bengkel berakhir)

http://bit.ly/2oYb2tt

==========================================================================

Arahan selanjutnya daripada fasilatator yang terlibat.

Terima Kasih.  Semoga Kita semua terus berjaya cemerlang dengan ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

Tutorial

Google Form

Tutorial cara membina Google Form.

[Muat turun]

Kebanyakan pelajar yang membuat pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan Kedoktoran memerlukan data-data responden yang dikutip dari dari pelbagai tempat sama ada dekat atau jauh.  Oleh itu beberapa pilihan boleh dilaksanakan dalam mengutip data-data responden itu iaitu, melalui kaedah bertemu atau kaedah atas talian.

Namun kaedah atas talian mempunyai beberapa kelebihan dan juga kelemahan iaitu kelebihan dari segi penjimatan masa, kos dan lebih mudah untuk ditadbir. Kelemahannya pula adalah penerimaan maklum balas yang diterima, kebolehpercayaan, dan tidak dapat memberi penjelasan tentang item-item yang keliru.

Banyak aplikasi atas talian dan web yang menyediakan perkhidamatan membina borang atas talian yang boleh diselaraskan menjadi instrumen soal selidik.  Antaranya adalah Surveymonkey.com, formdesk.com, SmartSurvey, freeonlinesurveys, surveyplanet.com, Google Forms dan banyak lagi.

Antara yang mudah dan ingin dikongsikan di sini adalah penggunaan Google Form sebagai platform soal selidik.  Ianya mudah disenggarakan dan data-data boleh terus disimpan di dalam pangakalan data Google Sheet.  Selain itu Google Form juga memaparkan terus hasil analisis dalam bentuk carta pai dan bar.  Berikut adalah tutorial mengenai pembinaan soal selidik menggunakan Google Form.

 

 

Uncategorized

Selamat Datang

Terima kasih kerana berkunjung ke Web Blog Pusat Sumber Fakulti Pendidikan (PSSFPEND), Universiti Kebangsaan Malaysia.  Tujuan Web Blog ini dibina adalah bagi memberi kemudahan kepada semua warga Fakulti Pendidikan UKM mencari bahan rujukan serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di Pusat Sumber ini.  Selain itu, anda boleh memberikan maklum balas yang positif serta berinteraksi dengan pengurusan Pusat Sumber.

Terdapat pelbagai kemudahan bahan rujukan yang boleh dipinjam dan bahan ilmiah yang digunakan untuk mendapatkan idea serta ilmu yang berkaitan dengan bidang pembelajaran anda.  Terdapat banyak tesis-tesis dan kertas projek yang anda boleh peroleh tidak kira hasil nukilan pelajar atau pensyarah dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Ianya tersusun rapi mengikut tahun-tahun pengeluaran tesis-tesis tersebut.

Selain dari itu anda juga berpeluang untuk menyumbangkan idea-idea serta memberikan maklum balas terhadap kemudahan bahan rujukan dan infrastruktur Pusat Sumber ini bagi meningkatkan tarafnya sebagai pusat pengembangan ilmu pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga Web Blog ini memberi banyak manfaat kepada anda dan semua warga Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terima Kasih.